Chelsea 4 Norwich 1

Hi-res-153537884_crop_650x440

( Fernando Torres menjaringkan gol pertama perlawanan )

Roberto Di Matteo menyatakan, tiada apa yang boleh menghalang mereka daripada merangkul pelbagai trofi kejuaraan.

Hal ini dinyatakan selepas kemenangan semalam ke atas Norwich City. Kemenangan bergaya ini hasil jaringan Fernando Torres, Frank Lampard, Eden Hazard dan Branislav Ivanovic. Manakala, Norwich menjaringkan satu gol melalui penyerangnya, Grant Holt.

Walaupun, Chelsea berdepan dengan 2 isu berat iaitu isu perkauman John Terry dan tweet Ashley Cole, namun, pemainnya berjaya mengekalkan prestasi mereka sebagai pendahulu liga.

Roberto Di Matteo berkata: “Keputusan memberitahu saya bahawa kita mampu mencapai matlamat kita iaitu menang trofi”

“Ianya memperlihatkan betapa profesional kumpulan ( Chelsea ) dan betapa baik kita bertindak balas”

” Kami menekankan kekuatan kami dengan mencuba untuk memenangi setiap perlawanan dengan para pemain yang kami ada dan falsafah kami”

“Kami mencipta pelbagai peluang dan menjaringkan banyak gol oleh pelbagai pemain. Kami tidak bergantung kepada satu pemain sahaja untuk menjaringkan gol”

Highlight Perlawanan

Leave a comment